Baki Semasa (current) merujuk kepada baki pada bulan itu sahaja. 

Untuk makluman lanjut boleh klik link dibawah bagi info lanjut tentang definisi Baki Semasa (current) , Baki B/B (previous) dan Baki B/H (forward) :-

https://niagawancs.freshdesk.com/a/solutions/articles/47000716186


 Antara kemungkinan yang Baki Semasa (current) jadi '-ve' amaun adalah :- 

1. Rekod Transaksi Tertinggal atau Lupa di Rekod 

Boleh semak manually dengan cara mudah berikut:-

(a) Menu > Buku Tunai 
(b) Klik Butang 'Statement' 
(c) Select Sumber.
(d) Select Year>Month.
(e) Untuk kenalpasti rekod tertinggal, perlu bandingkan Total Debit dan Kredit di Penyata Buku Tunai dalam sistem Niagawan dengan Bank Statement.

Contoh, katakan amaun Total Debit dalam sistem adalah KURANG daripada Total Debit di Bank Statement ini bermakna ada transaksi yang tertinggal atau Lupa di Rekod .

Ini berkemungkinan ada rekod Jualan pada hari tertentu yang masih belum dikeyin.

Solusinya boleh ke Buku Tunai > Debit (Duit Masuk) > Klik Butang ➕ untuk Tambah.






2. Rekod Tersilap Masuk Tarikh

Boleh semak manually dengan cara mudah berikut:-

(a) Menu > Buku Tunai 
(b) Klik Butang 'Statement' 
(c) Select Sumber.
(d) Select Year>Month.

(e) Untuk kenalpasti rekod tersilap tarikh, boleh search by Day.
(f) Klik pada Butang ✏️ untuk Edit
(g) Klik pada Butang ◀️ ▶️ untuk Next / Previous Month bagi selection Tarikh.

(h) Klik Butang 'Simpan'.








3. Tidak Masukkan Baki Permulaan
Boleh semak pada rekod transaksi semasa awal mula rekod menggunakan Niagawan, ada masukkan atau tidak Baki Permulaan / Opening Balance wang yang ada dalam Sumber / Tabung Duit.

Jika tiada ini kemungkinan baki yang akan dicarry forward akan jadi negatif dan tidak tally dengan Bank Statement.

Boleh semak manually dengan cara mudah berikut:-
 

(a) Menu > Buku Tunai 
(b) Select Sumber.
(c) Select Year>Month.


Dan katakan pada Januari 2019, adalah bulan pertama rekod dalam Niagawan. Jadi perlu masukkan Baki Permulaan / Opening Balance wang yang ada dengan cara pergi ke (d) Catitan Segera / Quick Entry > Catitan Permulaan Bank / Tunai. 







Terima kasih kerana menggunakan knowledge base kami. Jika anda ada cadangan untuk kami improve knowledge base kami boleh keutarakan di ticket ya. Harap info ini jelas dan membantu anda. Selamat gunakan Niagawan.