Belanja bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi bayaran telah dijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa.

Belanja terdahulu perlu ditolak dengan belanja semasa.

Belanja terdahulu merupakan ASET SEMASA 
(dicatat dalam Kunci Kira-Kira).

BELANJA SEBENAR = JUMLAH BELANJA SUDAH BAYAR - JUMLAH BELANJA LEBIH BAYAR


Untuk rekod di dalam sistem Niagawan,

1. Customized Lejar baru as Belanja Terdahulu dan setkan jenis as ASET SEMASA.

Kemudian, masukkan amaun Belanja Terdahulu di Buku Lejar sebagai New Rekod di bahagian Debit.

DAN

2. Untuk pelaraskan pada akhir tempoh perakaunan belanja ini juga perlu di bahagian Kredit under lejar Expenses.

Bagaimana untuk dapatkan Jumlah Belanja Sudah Bayar di dalam sistem Niagawan ?

Selepas cukup tempoh perakaunan, boleh semak di lejar Expenses dengan select by Period perakaunan di General Ledger. Lihat pada total keseluruhan di bahagian Debit, untuk tahu berapa amaun Belanja yang telah dibayar.


Terima kasih kerana menggunakan knowledge base kami. Jika anda ada cadangan untuk kami improve knowledge base kami boleh keutarakan di ticket ya. Harap info ini jelas dan membantu anda. Selamat gunakan Niagawan.