Cash Sale adalah untuk merekodkan jualan tanpa menggunakan database Product dan Customer. Untuk mengetahui cara merekod Cash Sale boleh klik link yang diberikan :

https://niagawan.freshdesk.com/support/solutions/articles/47000798610-macam-mana-nak-masukkan-rekod-jualan-harian-cash-sale-

Contoh situasi perniagaan yang sesuai menggunakan Cash Sale adalah seperti :

i) Perniagaan kedai runcit
ii) Perniagaan barang basah di pasar ( seperti ayam , daging , sayur dan buah-buahan)
ii) Perniagaan makanan di pasar (seperti nasi lemak , kuih muih, roti canai , air)

Untuk rekodkan Cash Sale kita boleh rekodkan secara harian , mingguan dan juga bulanan. Hal ini mungkin disebabkan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk rekodkan secara harian , jadi di bolehkan untuk rekod secara mingguan dan bulanan secara keseluruhan. Oleh itu perlu tahu jumlah keseluruhan yang tepat untuk rekodkan ke dalam sistem.



Terima kasih kerana menggunakan knowledge base kami. Jika anda ada cadangan untuk kami improve knowledge base kami boleh keutarakan di support ya. Harap info ini jelas dan membantu anda. Selamat gunakan Niagawan.