Untuk merekodkan perubahan kos produk khususnya business trading terdapat beberapa situasi yang perlu diambil kira.
Contoh situasi adalah seperti berikut :
#SITUASI 1
Supplier yang sama tetapi mempunyai harga kos yang berbeza (mengikut hari). Hari ini adalah RM 10/pack tetapi minggu hadapan harga akan bertukar menjadi RM 8/pack .
#SITUASI 2
Supplier yang berbeza untuk produk yang sama tetapi harga juga berbeza mengikut supplier.
Supplier A : RM 6.00
Supplier B : RM 7.50
*********************************************
Cara yang boleh dibuat dan cadangan atau saranan adalah seperti :
# SITUASI 1
1. Jika hendak mendapatkan gross profit yang tepat , perlu asingkan produk yang berlainan kos dan perlu adjust secara manual pada bahagian Product/inventory > Produk > Kos.
#SITUASI 2
1. Boleh asingkan product.
2. Masukkan harga kos secara average .
Caranya adalah tambah kedua-dua harga kos tersebut .
RM 6 + RM 7.50 / 2 = RM 6.75 |
Jadi boleh mengambil RM 6.75 untuk dijadikan harga kos bagi product yang sama tetapi berbeza supplier.
Terima kasih kerana menggunakan knowledge base kami. Jika anda ada cadangan untuk kami improve knowledge base kami boleh keutarakan di support ya. Harap info ini jelas dan membantu anda. Selamat gunakan Niagawan.